SelangorToday

PARLIMEN | NISBAH 1 KAUNSELOR UNTUK 500 MURID MEMBEBANKAN

Ahli Parlimen Shah Alam, Tuan Hj Khalid Samad didatangi seorang kaunselor sekolah kerajaan yang mengeluh tentang kedudukan pendidikan negara sekarang. Kata beliau, kini seorang kaunselor perlu membimbing 500 orang murid di sekolah. Bererti jika skeolah itu mempunyai 2500 orang murid, hanya 5 orang kaunselor ditempatkan disesuatu sekolah.

Mantan Menteri Wilayah itu menyatakan perkara tersebut ketika membahaskan usul menjunjung kasih Titah Diraja sempena Istiadat Pembukaan Sidang Parlimen bagi tahun ini. Tambah beliau, kaunselor itu meluahkan kekecewaannya kerana beban kaunselor bertambah dengan nisbah yang ditetapkan. Keadaan semasa menyebabkan nisbah itu tidak relevan lagi digunakan. Bagaimanapun Khalid mahu jumlah kaunselor ditambah disekolah dan nisbah itu diubah dengan lebih baik walaupun Khalid menyatakan bagaimana kerajaan mahu menambah peluang pekerjaan sedang duit negara telah dicuri oleh pemimpin perompak.

Selain itu, Pengarah Komunikasi AMANAH itu menempelak penyokong BN yang mendakwa Khalid menghina orang melayu dan penduduk luar bandar kerana menyokong bekas Perdana Menteri, Najib Razak. Jawab Khalid, beliau tidak menghina sesiapa khususnya orang melayu dan luar bandar, tetapi beliau menghina individu dari apa-apa kaum dan bandar mahupun luar bandar  yang masih menyokong pemimpin yang korupsi serta mencuri duit rakyat. Malah Khalid pelik bagaimana pemimpin yang merosakkan negara dilayan sebagai hero.

Exit mobile version