SelangorToday

PARLIMEN | PENJENAYAH DISANJUNG TINGGI MULA JADI KEBIASAAN DI MALAYSIA

Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Dr. Dzulkefly Ahmad ,mendakwa negara kita sekarang ini semacam sudah bersedia menyanjung penjenayah sebagai hero negara.Di dalam Dewan Rakyat yang mulai ini juga, terdapat segelintir pihak yang cuba mahu membawa naratif bahawa pencuri duit rakyat itu boleh diterima dalam masyarakat lebih-lebih lagi sebagai pemimpin. Beliau menyatakan dakwaannya ketika sedang berbahas usul menjunjung kasih Titah Diraja sempena pembukaan Sidang Parlimen tahun ini.

Pengarah Strategik AMANAH Nasional itu menyentuh tajuk rasuah seperti yang dititahkan oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong. Tambah Dr. Dzul, kita harus beringat bahawa pemberi dan penerima rasuah kesemuanya akan ditempatkan di neraka seperti sabda Rasulullah SAW. Tidakkah pimpinan politik sama ada disebelah kerajaan mahupun pembangkang tidak memandang serius akan permasalahan ini.

Mantan Menteri Kesihatan itu juga menambah, akibat menularnya budaya rasuah ini, negara ditimpa dengan pelbagai bencana yang sebelum ini jarang berlaku. Bukankah ini satu impak dari budaya buruk yang sedang berlaku di negara kita. Beliau memberi contoh bahawa Allah tidak menerima doa orang-orang yang pakaiannya dari sumber haram, makanannya dari sumber haram serta keseluruhan hidupnya terpalit dengan elemen haram.

Exit mobile version