SelangorToday

PARLIMEN : RUU ANTI-LOMPAT PARTI UNTUK KEMBALIKAN KEYAKINAN RAKYAT

Naib Presiden AMANAH, Dr. Mujahid Yusof Rawa menegaskan bahawa pembentangan Rang Undang-Undang Anti-Lompat Parti pada hari ini merupakan satu usaha untuk mengembalikan semula keyakinan rakyat kepada ahli-ahli politik dan institusinya. Berkata dalam perbahasan sempan pembentangan RUU tersebut, Dr. Mujahid meningatkan bahawa usaha ini bukanlah semata-mata untuk kekuatan parti-parti politik, tetapi yang lebih penting adalah mengembalikan semula keyakinan rakyat yang telah dikhianati apabila mandat mereka dirompak semasa Langkah Sheraton berlaku.

Dr. Mujahid Yusof, Naib Presiden AMANAH

Tambah Ahli Parlimen Parit Buntar itu, dengan adanya RUU ini, segala usaha yang kononnya dikatakan sebagai jajaran baharu untuk memperkukuhkan kedudukukan Melayu Islam akan terlondeh. Mereka cuba menghalalkan tindakan mereka dengan berselindung disebalik melayu Islam. Namun hakikatnya, mereka hanya mahu mendapat laba keuntungan politik. Lebih malang lagi, tindakan mereka itu bukanlah kerana prinsip perjuangan seperti yang dimomokan. Ia hanyalah semata-mata untuk mencapai agenda politik masing-masing.

Sebelum ini, RUU ini menemui jalan buntuk apabila kerajaan cuba bermain tarik tali dengan pembangkang untuk melaksanakannya. Namun selepas adanya MOU diantara kerajaan Perdana Menteri Ismail Sabri dan Pakatan Harapan, maka usaha untuk membentangkan RUU ini menjadi kenyataan. Memetik pembentanan oleh Perdana Menteri, sebanyak 12 kali sesi libat urus melibatkan pihak berkepentingan telah diadakan bagi menyiapkan kertas pembentangan RUU ini. Selain itu, pelaksaannya RUU ini kata Perdana Menteri akan mengambil masa dalam tempoh setahun.

Exit mobile version