Usul yang dibawa oleh Menteri Dalam Negeri untuk melanjutkan penguatkuasaan undang-undang Subseksyen 4(5) SOSMA bagi tempoh 5 tahun lagi telah ditolak setelah undi belah bahagi dijalankan di Dewan Rakyat pada Selasa. Undang-undang yang telah dilaksanakan sejak tahun 2012 akan tamat pada tahun ini apabila penguatkuasaannya dilaksanakan dalam tempoh 10 tahun. Namun setelah kerajaan PN memerintah, undang-undang ini dicadangkan untuk dilanjutkan penguatkuasaannya 5 tahun lagi.
Sebelum itu, semasa sesi perbahasan usul ini, blok pembangkang telah sepakat untuk menolak usul ini walaupun dalam bacaan kali kedua usul ini, Menteri Dalam Negeri menegaskan bahawa undang-undang ini tidak dikenakan kepad ahli politik selain ia adalah tuntutan Maqasid Syariah. Beberapa ahli parlimen pembangkang menegaskan bahawa bukan soal parti politik akan terjejas, namun yang paling utama adalah penganiyaan kerajaan kepada mereka yang tertuduh apabila boleh ditahan tanpa dihadapkan ke mahkamah selama 28 hari. Ini menjadi faktor utama pembangkang menolak usul tersebut.
Usul tersebut ditolak apabila 84 ahli parlimen menyokong manakala 86 menolak usul tersebut. 50 ahli parlimen tidak hadir sesi undian. Ada 2 perkara menarik berkaitan situasi diatas dimana dulu semasa PAS menjadi pembangkang, PAS juga menentang undang-undang ini atas alasan kezaliman yang dilakukan. Namun kini, PAS telah menyokong usul yang zalim ini. Kedua, Ahli Parlimen Pekan, Najib Razak yang merupakan Perdana Menteri semasa undang-undang ini dicadangkan buat kali pertama pada tahun 2012 dahulu juga tidak hadir pada sesi undian kali ini.