Parti AMANAH Negara akan mengadakan Majlis Rumah Terbuka sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 15 Mei 2022. Majlis yang telah diadakan setiap tahun tetapi tertangguh pada tahun 2020 dan 2021 itu akan diadakan di perkarangan Stadium Shah Alam. Rumah terbuka tersebut diadakan dengan kerjasama AMANAH Selangor selaku tuan rumah.
Selain pelbagai juadah yang disediakan, majlis tersebut juga akan diisi dengan pelbagai acara seperti persembahan kebudayaan, ucapan dan sesi ramah-mesra bersama pimpinan AMANAH. Dijangka AMANAH akan menerima jemputan yang ramai memandangkan ia diadakan di negeri yang AMANAH sendiri menjadi kerajaan negeri.
Majlis itu juga turut menjemput pimpinan PH daripada parti komponenya KEADILAN, DAP dan UPKO. Majlis ini juga akan menjemput pelbagai Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang pastinya menjadi tulang belakang kepada kejayaan Pakatan Harapan dalam PRU yang lalu. Majlis ini akan menjadi wadah memperatkan kerjasama pembangkang serta rakyat Malaysia itu sendiri. Sebagai parti Islam yang memimpin anggota daripada pelbagai kaum, majlis ini akan menjadi platform untuk memperkukuhkan toleransi dan keharmonian kaum.