SelangorToday

PEGAWAI DR.DZUL JAWAB TOHMAHAN MIC KUALA SELANGOR

Pegawai Khas Dr. Dzulkefly Ahmad, B. Sivabalan menjawab tohmahan pemimpin MIC Kuala Selangor yang mendakwa Dr. Dzulkefly selaku Ahli Parlimen Kuala Selangor tidak turun membantu mangsa banjir penghujung tahun 2021. Kenyataan yang dikeluarkan oleh B. Sivabalan berkata dakwaan tidak berasas itu dibuat untuk membunuh reputasi Dr. Dzul yang sedang memuncak di Kuala Selangor.

Tambah B.Sivabalan lagi, Dr.Dzul sentiasa berada di Kuala Selangor dan membantu mangsa banjir. Kata B.Sivabalan lagi, pemimpin MIC yang membuat tohmahan ini pernah datang ke PKM Ahli Parlimen Kuala Selangor dan meminta bantuan Dr.Dzul untuk membantu masyarakat di sana. Lebih mengejutkan, Dr. Dzul sendiri pernah memberikan sumbangan komputer riba kepada anak Ganesan, pemimpin MIC yang membuat tohmahan jahat pada Dr. Dzul.

Segala bukti keberadaan Dr.Dzul semasa banjir di Kuala Selangor boleh disemak melalui Facebook rasmi Ahli Parlimen Kuala Selangor. Dr.Dzul sentiasa berada di sana dan pergi melawat rumah ke rumah apabila air surut untuk mendengar sendiri keperluan yang diperlukan oleh masyarakat akibat bencana banjir. –Selangor Today

Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari di pautan : https://harapan.my/kadlaporandrdzul

Exit mobile version