Pejabat MPP Zon 3 telah dijadikan tempat untuk penyedian makanan berskala besar kepada mangsa banjir sekitar Shah Alam.Penyediaan melibatkan proses memasak, membungkus dan mengagihkan kepada mereka yang memerlukan. Kelihatan aktivis AMANAH yang berkampung di Shah Alam sejak hari Sabtu lagi telah mengusahakan langkah ini dengan bantuan pelbagai pihak.
Berdasarkan petikan laman sosial, Sdr. Abbas Adzmi Pengarah Mobilasi AMANAH Selangor, peralatan memasak disumbang oleh ADN Pandan Indah, YB Hj Ir. Izham Hashim, manakala sumbangan bahan makanan dikumpul melalui sumbangan orang ramai mahupun NGO yang ingin menderma. Manakala Pejabat MPP yang sebelum ini sentiasa menjadi rujukan rakyat untuk mendapatkan maklumat dan bantuan telah diubah menjadi pangkalan penyediaan makanan kepada mangsa banjir. Untuk makluman, Ahli Majlis MBSA Zon 3 Shah Alam, Tuan Firdaus Mokhtar sedang dalam rawatan akibat jangkitan Covid-19 beberapa minggu yang lalu. Namun ia tidak melibatkan anggota yang bertugas di Pejabat MPP tersebut.
Kata Abbas Adzmi, tanpa mengira warna kaum, fahaman politik dan kepercayaan, kita bergerak berpadu membantu semampu yang boleh mangsa banjir. Tambah beliau, keterbukaan semua pihak membantu dalam inisiatif ini merupakan keunikan dan kelebihan yang ada pada rakyat Malaysia. inisiatif ini akan terus dilakukan sehinggalah mangsa-mangsa banjir mampu pulang ke rumah masing-masing dalam keadaan reda.
Oleh,
Cikgu Syazmir HN