SelangorToday

PELAKON VETERAN SINGAPURA YANG JUGA NENDA ADN BATU TIGA MENINGGAL DUNIA

Pelakon veteran Singapura Ponisah Bachik, atau lebih dikenali sebagai Pon Bachik, meninggal dunia pada usia 79 tahun sekitar waktu tengah hari tadi. Almarhumah juga merupakan nenek saudara kepada Ahli Dewan Negeri(ADN) Batu Tiga Selangor, Danial Al -Rashid Harun. Melalui posting yang dimuat naik oleh Danial, beliau berkata Almarhumah merupakan nenek saudara beliau yang terakhir setelah pemergian datuknya sendiri, Salim Bachik dan Datuk saudaranya Ibrahim Bachik.

Memetik laporan berita mediacorp Singapua, Almarhumah yang juga penerima Anugerah Perdana Emas Singapura itu dibawa keluarganya berjumpa doktor semalam kerana demam dan batuk-batuk tetapi beliau akhirnya digesa dibawa ke unit kecemasan hospital kerana disyaki dijangkiti radang paru-paru.

Walaubagaimana pun, Danial yang juga Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Nasional itu sudah lama tidak bertemu adik terakhir datuk kandungnya itu. Danial merupakan cucu kepada pelakon veteran Salim Bachik dan anak kepada seniman Harun Salim Bachik. – SelangorToday

Exit mobile version