SelangorToday

PELAN PERALIHAN TENAGA BUKA PELUANG EKONOMI BARU KEPADA PKS BUMIPUTERA – TPM

Timbalan Perdana Menteri, Fadillah Yusof menegaskan Pelan Peralihan Tenaga Kebangsaan yang digagasakan melalui Pelan Hala Tuju Perubahan Tenaga Negara(NETR) yang dilancarkan tahun lalu mampu membantu golongan Perusahaan Kecil dan Sederhana(PKS)khususnya bumiputera dalam mengembangkan perniagaan mereka. Berucap ketika Kongres Ekonomi Bumiputera(KEB) 2024 di Pusat Konvesnyen Antarabangsa Putrajaya, beliau menegaskan sejak merdeka, agenda memperkasakan bumiputera sentiasa menjadi keutamaan. Namun ia bergantung kepada strategi dan pendekatan yang dibawa.

Jelas beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air(PETRA), pelan peralihan tersebut berupaya membantu bumiputera meningkatkan hasilnya apabila mereka berpeluang menceburi perniagaan baru melalui ekonomi baru yang dicipta. Tambah Fadillah, NETR membuktikan keazaman kerajaan dalam melaksanakan inisiatif peralihan tenaga daripada ekonomi berasaskan bahan api fosil tradisional kepada ekonomi hijau yang bernilai tinggi. NETR juga menjamin transformasi ekonomi lestari yang berupaya menjana sumber pertumbuhan ekonomi baharu, mewujudkan peluang perniagaan dan potensi perdagangan.

Ahli Parlimen Petrajaya itu bertegas bahawa semua inisiatif dalam NETR ini membuka lebih banyak peluang pernigaan dan potensi ekonomi baru. Fadillah menghadari KEB 2024 yang berlangsung sehingga hari ini 2 Mac 2024 akan membentuk beberapa resolusi bagi membentuk pendekatan baharu kepada kerajaan demi memperkasakan ekonomi kaum bumiputera. – SelangorToday

Exit mobile version