SelangorToday

PEMBAHAGIAN JAWATAN AHLI PBT ANTARA HARAPAN,BN SELANGOR SELESAI

Pejabat Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Selangor berkata mesyuarat mengenai pembahagian jawatan lantikan ahli Pihak Berkuasa Tempatan di seluruh Selangor melibatkan HARAPAN dan Barisan Nasional telah selesai. Memetik berita daripada portal Malaysiakini bertarikh 16 Januari 2024, pejabat Ng Suee Lim selaku Exco yang bertanggungjawab dalam perjalanan proses pelantikan ahli PBT tersebut menyatakan bahawa BN khususnya UMNO bersetuju mnerima cadangan peruntukan kerusi yang kerajaan negeri cadangkan.

Jelas pejabat beliau, pertemuan antara wakil HARAPAN dan BN itu membuahkan hasil kerana mereka telah mencapai kata putus. Pejabat beliau memaklumkan bahawa proses pelantikan ahli PBT Selangor dijangka selesai munggu depan selepas UMNO bersetuju dengan peruntukan kerusi yang diberikan kepada mereka. Bagi pihak HARAPAN, Menteri Besar Selangor selaku Pengerusi HARAPAN Selangor telah menandatangani watikal pelantikan yang menjangkakan majlis angkat sumpah akan berlangsung sama ada minggu ini atau minggu depan.

Sebagai rekod, di Selangor, PH memenangi 32 kerusi DUN dan mengekalkan kerajaan negeri untuk penggal keempat berturut-turut, menewaskan gabungan Perikatan Nasional (PN) yang merampas 22 kerusi DUN. Manakala BN memenangi dua kerusi DUN. Adun Sungai Air Tawar Umno Rizam Ismail dilantik sebagai Exco Kerajaan Negeri untuk pembangunan luar bandar dan perpaduan. – SelangorToday

Exit mobile version