SelangorToday

PEMEGANG TARUH SUMBANG IDEA BENTUK DASAR DALAM SIMPOSIUM EKONOMI PENJAGAAN SELANGOR

Simposium Ekonomi Penjagaan Selangor telah dilancarkan oleh Dato Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari semalam. Simposium yang buat pertama kali diadakan setelah gabungan HARAPAN dan Barisan Nasional berjaya membentuk Kerajaan Negeri pasca Pilihan Raya Negeri Ogos lalu itu menumpukan usaha kepada pengangkatan aspek penjagaan sebagai salah satu sektor yang memacu ekonomi negeri. Dalam ucapan aluan, Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Selangor, Anfaal Saari memaklumkan bahawa aspek penjagaan akan menjadi satu sektor utama yang ditumpukan oleh Kerajaan Negeri agar perihal aspek tersebut dijamin dan berkualiti sekaligus meletakkannya sebagai sektor penyumbang ekonomi.

Tambah Naib Ketua Angkatan Wanita AMANAH Negara(AWAN) Nasional itu,  simposium yang diadakan selama dua hari ini akan memberikan ruang kepada semua pemegang taruh yang terlibat dalam ekonomi penjagaan memberikan pandangan dan idea baru bagi membolehkan Kerajaan Negeri merencana dasar baharu, mengemaskini dasar sedia ada dan memperbaharui dasar yang tidak relevan lagi dalam aspek penjagaan. Tiga komponen akan dilakasanakan merangkumi pembentangan 4 kertas kerja berkaitan kumpulan sasar ekonomi penjagaan iaitu penjaga, kanak-kanak, warga emas dan orang kelainan upaya. Selain itu, komponen kedua merupakan slot perbincangan kumpulan tumpu  yang menyediakan ruang kepada ahli panel dan pemegang taruh memberi sumbang saran terhadap pembentukan dasar ekonomi penjagaan.

Komponen terakhir simposium akan diadakan sesi dialog antara peserta oleh agensi persekutuan dan negeri, anak-anak syarikat kerajaan Negeri serta univerisiti awam/swasta dan NGO-NGO berkaitan dengan ahli panel. Anfaal mengharapkan simposium ini menjadi platform pemegang taruh mencetus idea-idea bernas dan menggarap solusi yang akan menjadi panduan kepada Kerajaan Negeri merancang dan menggubal dasar-dasar terbaik bagi membangunkan sektor ekonomi penjagaan. – SelangorToday

Exit mobile version