SelangorToday

PEMIMPIN UTAMA UMNO BIDAS DAKWAAN AKMAL SALLEH

Beberapa pimpinan utama UMNO membidas dakwaan Ketua Pemudany, Akmal Salleh yang mendakwa Akta Anti- Lompat Parti adalah satu yang sia-sia. Terkini, melalui Naib Presiden UMNO, Khaled Nordin tidak bersetuju dengan dakwaan Akmal dan menjelaskan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Johari Abdul bebas membuat sebarang keputusan dan tidak terikat dengan mana-mana pihak. Katanya lagi, keputusan tersebut tidak dipengaruhi Kerajaan Perpaduan. Hal ini juga jelas apabila Parlimen merupakan institusi yang bebas. 

-fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA

Jelas Menteri Pertahanan itu lagi, pindaan perlembagaan BERSATU dilakukan jelas bertujuan untuk memastikan ahlinya hilang keahlian dan dibuat selepas Pilihan Raya Umum dan selepas ahli parlimen mengisytiharkan sokongan, namun berbeza dengan UMNO-BN yang telah mempunyai perjanjian sedari awal sebelum Pilihan Raya UMum yang mengikat sebarang keputusan bergantung kepada Pengerusi BN. Selain Khaled, Lokman Nor Adam juga turut menempelak Akmal yang seolah-olah berperanan sebagai jurucakap Perikatan Nasional(PN). Sebelum ini, maklum balas Pengerusi PN, Mahiaddin Md Yassin kepada keputusan Speaker Dewan Rakyat tidak mendapat sambutan hangat, sebaliknya Akmal yang semakin giat menjadi jurucakap PN membuatkan sentimen PN itu berjaya disebar luaskan. 

Jelas Pengarah Komunikasi UMNO itu, Akta Anti-Lompat Parti yang diluluskan adalah satu bukti kedangkalan BERSATU. Katanya, beberapa pindaan dibuat sebelum akta tersebut diluluskan yang doharapkan bakal menguntungkan BERSATU kelak, tetapi memakan diri sendiri. Kelompongan yang sebenarnya disedari oleh BERSATU dalam akta tersebut sengaja dikaburi oleh PN demi memastikan enam kerusi parlimen dan satu DUN miliknya dikosongkan. Akmal diingatkan jangan terikut dengan rentak Mahiaddin sehingga menjadi jurucakap PN, sebaliknya memahami fakta sebenar wakil rakyat yang dipecat oleh BERSATU tidak pernah meninggalkan BERSATU. – SelangorToday

Exit mobile version