SelangorToday

PEMUDA AMANAH GOMBAK LULUS USUL DESAK PH ADAKAN KONVENSYEN PH SEGERA

Pemuda AMANAH Gombak bersetuju sebulat suara memohon pada Majlis Presiden Pakatan Harapan untuk mengadakan Konvensyen Pakatan Harapan sesegera mungkin sebelum Pilihan Raya Umum akan diadakan. Permohonan itu dimajukan dalam satu usul yang dibentangkan pada Mesyuarat Agung Tahunan Pemuda AMANAH Gombak Tahun 2022 yang diadakan baru-baru ini. Usul tersebut merupakan usul utama yang dibentangkan oleh Abu Fatihah, salah seorang ahli AMANAH Gombak.

Ketika membentangkan usul tersebut, Abu Fatihah menjelaskan bahawa sejak jatuhnya kerajaan PH pada februari 2020, PH mendapat persepsi yang buruk daripada kalangan masyarakat. Ia semakin membarah apabila PH gagal berkali-kali untuk menawan semula Putrajaya. Tambah beliau, segala apa yang dilakukan oleh PH serba-serbi tak kena. Oleh demikian, persepsi terhadap PH perlu dibaiki sesegera mungkin.

Lebih mencabar lagi, segala isu yang berlaku terhadap rakyat pasti diungguli oleh PH. Namun ia tetap gagal mengembalikan keyakinan rakyat kepada PH. Hal ini disebabkan oleh PH gagal memaparkan kesatuan PH sebagai sebuah pakatan yang bersatu padu. Kekuatan ini dilihat lebih kepada PN dan BN. Maka usul mengadakan konvensyen merupakan satu langkah kedepan memperlihatkan wajah PH yang ampuh dan kukuh. Akhirnya usul itu juga mahu dalam konvensyen yang diadakan perlu mengumumkan Logo yang digunakan dalam PRU, agihan kerusi bagi peringka parlimen dan DUN serta mengumumkan calon Perdana Menter dan Menteri Besar/Ketua Menteri.

Ahmad Usamah Zulkifli, Ketua Pemuda AMANAH Gombak

Mengulas berkaitan usul tersebut, Ketua Pemuda AMANAH Gombak, Ahmad Usamah berkata, ia merupakan satu usul yang mendorong pimpinan serta ahli dan aktivis berada pada tahap yang maksima bagi menghadapi Pilihan Raya Umum akan datang. Ia merupakan satu perkara biasa yang perlu diadakan sebagai sebuah pakatan memandangkan sokongan masyarakat perlu di bentuk melalui gambaran kita sebagai sebuah pakatan yang kukuh.

Exit mobile version