Pemuda AMANAH Nasional, menempelak sebilangan kelompok yang suka mengadu-domba dan memainkan sentime perkauman demi mendapatkan keuntungan politik. Melalui Pengarah Hal Ehwan Syariah Pemuda AMANAH, Hafiz Roslan menyampaikan ceramahnya di Ceramah Kelompok Taman Sri Kasih, DUN Simpang Jeram. Kata beliau, Rukun Negara diwujudkan sebagai pegangan dan panduan seluruh masyarakat untuk menjalani kehidupan di Malaysia dengan harmoni. Ia juga turut melibatkan ahli politik yang menjalankan aktiviti kepartian dalam negara. maka 5 prinsip Rukun Negara tidak boleh dikesampingkan dalam setiap naratif kempen yang dibawa sehingga meruntuhkan keamanan negara.
Sambil memetik Surah Al-Hujurat, Hafiz mengingatkan masyaraka Islam bahawa Allah yang menjadikan manusia itu dari pelbagai bangsa dan kepercayaan untuk saling kenal-mengenali. Malah Hafiz mengingatkan semua agama dan kepercayaan menyeru kepada kebaikan dan perpaduan. Beliau menambah lagi bahawa anak muda hari ini tidak boleh disaluti dengan elemen perkauman sempit yang mampu menimbulkan sangka buruk dengan kaum lain sedangkan Malaysia ini ditubuhkan atas kesepakatan semua kaum dan hakikat negara ini merangkumi pelbagai kaum dan agama.
Hafiz yang juga Peguam Syariah dan Perunding Keluarga berkata, PN kononnya berlagak sebagai hero kepada ketuanan melayu, perjuangan Islam dan kedaulatan raja, namun hakikatnya, merekalah paling ramai sedang disiasat oleh pihak berkuasa dengan kenyataan-kenyataan yang tidak menghormati Raja-Raja Melayu. Contohnya, Presiden PAS sendiri mempertikaikan keistimewaan Raja-Raja Melayu dalam memberi pengampunan kepada sesiapa yang bersalah. Sebab itu Hafiz menyeru semua pihak khususnya PN menjadikan Rukun Negara sebagai panduan berpolitik. Manakala rakyat haru berpegang teguh pada Rukun Negara. – Selangor Today