SelangorToday

PENA RAHMAH | MEMBAWA PANJI DAKWAH KE UK DAN IRELAND

Selaku seorang Ahli Lembaga Pemegang Amanah (ALPA) YADIM saya telah dijemput dan memenuhi jemputan mahasiswa  serta persatuan dan komuniti Malaysia Diaspora yg bekerja di UK dan Ireland dalam memberi pencerahan dan perkongsian dalam membina individu dan keluarga Muslim meskipun berada jauh dari tanah air.

Terdapat lebih kurang 13,000 pelajar Malaysia masih menuntut dipelbagai bidang pengajian termasuk dalam pengkhususan perubatan. Terdapat juga puluhan ribu rakyat Malaysia yang menetap dan bekerja di sini.

Alhamdulillah kunjungan dan tugasan Strategik ALPA YADIM ini saya mengambil kesempatan berjumpa dan bertemu Tuan Yang terutama (TYT) Pesuruhjaya Malaysia Ke United Kingdom Dato’ Zakri Jakfar di Ibu Pejabat Kedutaan Malaysia di Belgrave Square London.

Pertemuan bermakna ini saya gunakan untuk memaklumkan perkembangan YADIM dan usaha bagi meningkatkan dakwah islamiah di Malaysia serta peranan dalam membantu dasar-dasar kerajaan Malaysia Madani.

Hj Shamsul Ma’arif Ismail juga selain ALPA YADIM juga merupakan Naib Pengerusi 1 Amanah Negeri Selangor dan Timbalan Pengerusi 2 Biro Pendidikan dan Perubahan Masyarakat Amanah Nasional.

Exit mobile version