SelangorToday

PENA RAHMAH | PERIHAL PILIHAN RAYA PBT, BELUM TIBA MASANYA?

Kenyataan Pengerusi DAP Wilayah Persekutuan, Tan Kok Wai agar diadakan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) oleh DAP Wilayah Persekutuan dan menggesa kerajaan mengembalikan semulanya di peringkat bandar raya Kuala Lumpur adalah bukan pada masanya yang sesuai.

Pada dasarnya Malaysia mempunyai tiga jenis kerajaan iaitu Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan.

Bagi pilihanraya Pusat dan Negeri ia memang amat kritikal dalam menentukan sesebuah kerajaan di pilih oleh rakyat dan menentukan masa depan Negara dan negeri.

Walaupun begitu dalam melaksanakananPilihanraya PBT ada pelbagai masalah telah timbul dalam pelaksanaannya terutama melibatkan kos yang besar dan isu keseimbangan kaum  serta agama di bandar dan bukan bandar masih mempunyai jurang yang besar. Walaubagaimanapun negara menuju ke arah perbandaran semakin besar.

PBT telah diperkenalkan pada 1956 di Majlis Perbandaran Georgetown, Pulau Pinang, manakala kali terakhir pilihan raya PBT diadakan pada 1963. Ia berlandaskan kepada Perkara 113(4), Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kerajaan negeri boleh memberi kuasa kepada SPR untuk menjalankan pilihan raya lain daripada Pilihan Raya Umum.

Pada masa sekarang parti-parti dan gabungan parti yang memenangi Pilihanraya di Negeri akan menentukan satu kadar jumlah yang seimbang dan wajar akan dilantik bagi mewakili parti masing-masing sebagai seorang Ahli Majlis yang dipersetujui Exco Kerajaan Negeri dan akhirnya dilantik oleh seorang YAB Menteri Besar.

Hasil nya setiap PBT mempunyai 24 Ahli Majlis yang dilantik dan mengangkat sumpah jawatan sebagai seorang Ahli Majlis dan berkuasa dalam membuat Undang-Undang Kecil dan menentukan dasar dan hala tuju pelaksanaan PBT masing-masing selaras dengan dasar Kerajaan Negeri. Peranan Ahli Majlis menjaga dan mengurus JK Penduduk di Zon masing-masing dan membawa segala isu yang dibangkitkan oleh wakil-wakil Persatuan Penduduk, MPKK, JK Masjid dan Surau serta JMB(Joint Management Board) ( Akta perumahan strata 757) serta lain-lain persatuan masing-masing ke dalam mesyuarat jawatankuasa diperingkat PBT.  Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 atau Akta 172 merupakan punca kuasa yang diperuntukkan bagi menjalankan peranan ini di bawah pentadbiran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Pada hemat penulis sehingga ini perjalanan seluruh PBT di setiap negeri berjalan dengan lancar dan baik dan berjaya memenuhi semua Hasrat dan agenda Negeri dalam memajukan infrastruktur dan keharmonian antara kaum dan agama. Sekalipun jika hendak dijadikan satu dasar, satu formula keseimbangan dan asas dan teras negara perlu dijadikan panduan.

Jesteru syor Pengerusi DAP WP bukanlah satu cadangan yang baharu dan buat masa ini adalah bersifat akademik. Sehingga keadaan negara lebih stabil dan ekonomi serta hubungan antara kaum dan agama lebih baik maka isu ini wajar dibincangkan semula oleh KPKT.

Shamsul Ma’arif Ismail adalah adalah seorang Mantan Ahli Majlis Perbandaran Ampang Jaya dan Naib Pengerusi 1 Amanah Negeri Selangor.

 (Pandangan ini  pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili parti)

Exit mobile version