SelangorToday

PENARIKAN TAULIAH MENGAJAR AGAMA AKTIVIS POLITIK DEMI KESUCIAN ISLAM

Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah menarik balikd an membatalkan tauliah mengajar yang diberikan kepada aktivis politik di Selangor muali 1 Januari 2022. Seiring dengan itu, tauliah untuk mengajar agama kepada individu yang terlibat aktif dengan politik juga tidak akan dikeluarkan lagi.

Abdul Aziz Mohd Yusof

Kata Pengerusi MAIS, Abdul Aziz Mohd Yusof, langkah itu dibuat sebagai menjunjung titah Sultan Selangor yang tidak membenarkan Islam dipolitikkan dan dijadikan bahan politik oleh mana-mana pihak khususnya di masjid dan surau.

Tegas beliau, seseorang yang mengajar agama Islam tanpa tauliah merupakan kesalahan mengikut Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Selangor) 2003. Jika disabitkan bersalah, katanya seseorang itu boleh dihukum dengan denda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Jelaslah disini bahawa usaha kerajaan negeri bagi memastikan kesucian agama Islam terus dipelihara memandangkan sebahagian ustaz yang mengajar tidak menyampaikan ilmu agama secara jujur dan hanya cenderung kepada kepentingan pihak mereka mahupun parti yang mereka anggotai. Lebih membimbangkan usaha itu mampu mendorong perpecahan antara umat Islam di Selangor.

Exit mobile version