SelangorToday

PENERIMA VAKSIN AWAL JENIS SINOVAC WAJIB AMBIL DOS PENGGALAK SEBELUM 1 MAC

Menteri Kesihatan Malaysia, Yang Berhormat Tuan Khairy Jamaluddin memaklumkan bahawa individu yang telah menerima vaksin jenis sinovac bagi dos pertama dan kedua wajib mengambil dos penggalak sebelum 1 Mac 2022. Beliau yang memaklumkan perkara tersebut ketika mengadakan sidang medianya petang Isnin lalu. Tambah beliau yang juga Ahli Parlimen Rembau, selepas 1 Mac, jika individu berkenaan tidak mengambil dos penggalak, status diaplikasi Mysejahtera mereka akan bertukar status ke vaksin tidak lengkap.

Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan Malaysia

Dalam sidang media tersebut, beliau menambah yang kerajaan sentiasa menggalakkan rakyat Malaysia mengambil dos penggalak bagi meningkatkan imunisasi badan mereka menghadapi varian virus yang lebih pelbagai. Dalam masa yang sama, Khairy memaklumkan yang kerajaan juga sangat menggalakkan majikan mengarahkan pekerja-pekerja bekerja dari rumah atau Work From Home.

Bagi mengekang penularan Omicron, Khairi menyeru kepada orang ramai untuk mengadakan ujian kendiri selepas pergi ke Majlis Perkahwinan. Kesedaran awal mampu mengelakkan daripada gelombang Omicron melanda lebih besar. Beliau juga menambah agar anak-anak yang ingin pulang ke kampung turut melakukan ujian kendiri sebelum bertolak balik bagi melindungi ibubapa di kampung terjangkiti.

Exit mobile version