SelangorToday

PENGECUALIAN BAYARAN BIL AIR LANGKAH PRIHATIN SELANGOR

Sebagai langkah prihatin Negeri Selangor untuk membantu mangsa banjir bangkit semula setelah ditimpa bencana besar, kerajaan negeri telah memutuskan untuk memberi penangguhan bayaran bil air kepada semua pemegang akaun yang terjejas banjir tahun lalu. Penangguhan itu merupakan salah satu inisiatif kerajaan dalam Program Bangkit Selangor pasca banjir.

Tahun lalu, sebahagian Negeri Selangor dilanda banjir akibat air pasang dan jumlah hujan yang meningkat secara mendadak pada 17 dan 18 Disember 2021. Akibatnya Sungai Klang dan Sungai Lui antara yang melimpa di Selangor menyebabkan daerah Klang, Shah Alam dan Hulu Langat banjir. Oleh itu, kerajaan negeri telah bertindak pantas membantu menyelamatkan mangsa banjir dan memulihkan keadaan yang terkesan teruk.

Maka, penangguhan bayaran bil air itu mampu meringankan beban rakyat Selangor. Tumpuan untuk membaiki semula rumah rosak, membaiki kawasan yang berlumpur dan membersihkan pakaian memerlukan penggunaan air yang banyak justeru pengenaan bayaran air dikecualikan.

Exit mobile version