SelangorToday

PENGERUSI AMANAH NEGERI DILANTIK SEBAGAI SPEAKER DUN NEGERI SEMBILAN

Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Negeri Sembilan, Datuk MK Ibrahim Abd Rahman dilantik sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) yang baharu.

Pelantikan itu dibuat pada Mesyuarat Persidangan Pertama (Khas) Penggal Pertama DUN Negeri Sembilan ke-15 hari ini.

Usul pemilihan MK Ibrahim, 67 tahun, dicadang Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun dan disokong Exco Pertanian, Keterjaminan Makanan dan Kos Sara Hidup negeri, Datuk Seri Jalaluddin Alias.

Upacara mengangkat sumpah jawatan itu bagi menggantikan Speaker DUN sebelum ini, Datuk Zulkefly Mohamad Omar, dibuat di hadapan Setiausaha DUN, Amin Ludin.

Amin berkata, dua pencalonan diterima untuk mengisi kekosongan itu sebelum satu daripadanya ditolak kerana tidak memenuhi syarat ditetapkan mengikut Peraturan 2 Perintah 7(1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan.

Exit mobile version