SelangorToday

PENGERUSI AMANAH SELANGOR AGIH 800 BAUCAR BELI-BELAH SEMPENA DEEPAVALI

Sebanyak 800 baucar beli-belah Jom Shopping diagihkan kepada masyarakat India kurang berkemampuan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pandan Indah sempena Deepavali.

Ahli Dewan Negerinya Ir Izham Hashim berkata agihan baucar itu dibuat di pasaraya Giant Pandan Kapital.

ADN Pandan Indah Ir Izham Hashim mengagihkan barangan asas sempena Jelajah Ehsan Rakyat 

“Selain baucar Jom Shopping, kita ambil inisiatif tambahan agihkan bakul makanan berbentuk keperluan harian termasuk tepung maruku.

“Ada penduduk datang ke pejabat pusat khidmat rakyat yang bukan penerima baucar dan memerlukan bantuan, kita berikan bakul makanan,” katanya ditemui pada program Jelajah Ehsan Rakyat di kawasan parkir Padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya hari ini.

Tambah Izham, pihaknya juga akan mengagihkan kupon RM10 kepada pengunjung yang menyambut Deepavali untuk digunakan di jualan murah.

“Ini adalah usaha kita membantu meringankan beban dan mereka dapat penjimatan berganda kerana selain beli barang pada harga murah dapat diskaun lagi RM10,” katanya.

Jom Shopping Raya diperkenal dengan menyasar golongan berpendapatan rendah sebagai inisiatif jangka panjang bagi memelihara kebajikan dan kesejahteraan rakyat mengikut perayaan masing-masing.

Exit mobile version