Pendaftar Pertubuhan Peladang mengeluarkan kenyataannya sebentar tadi memaklumkan bahawa keputusan Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Kebangsaan(NAFAS) untuk mengantung tugas Pengurus Besarnya, Faris Ariffin adalah tidak boleh dikuatkuasakan.
Jelasnya, sebarang salah laku dan tatakelola yang dilakukan oleh Pengurus Besar NAFAS mestilah dirujuk kepada pihak pendaftar terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan dibuat berdasarkan Seksyen 7(1) Akta Pertubuhan Peladang 1973(Akta 109).
Namun sehingga hari ini, Pendaftar Pertubuhan Peladang belum menerima sebarang laporan daripada AJP NAFAS.
Dengan itu keputusan menggantung Pengurus Besar NAFAS tidak boleh dikuatkuasakan.
Tindakan AJP mengeluarkan kenyataan menggantung Faris Ariffin adalah tidak wajar. –SelangorToday