SelangorToday

PENGHINAAN KEPADA INSTITUSI KEHAKIMAN, HASBIE BIDAS PRESIDEN PAS

Ketua Pemuda AMANAH Nasional, Senator Hasbie Muda membidas kenyataan Presiden PAS yang didakwa menghina Institusi Kehakiman.  Jelas Hasbie kenyataan Abudl Hadi Awang itu disifatkan berbaur penghinaan kepada institusi kehakiman dan Perlembagaan Persekutuan. Tambah beliau Hadi dalam menulis “Namun demikian, kini muncul kalangan hakim yang ‘bijaksini’ (bukan bijaksana) yang kepala dan akalnya dipengaruhi oleh tulisan warisan penjajah’ adalah satu bentuk penghinaan yang amat jelas terhadap institusi kehakiman dan Perlembagaan negara,”.

Hasbie yang juga baru diumumkan sebagai Pengerusi AMANAH Terengganu berkata, walaupun tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah, Hadi sebagai seorang ahli parlimen yang cukup lama sewajarnya faham keputusan hakim adalah berpandukan Perlembagaan Persekutuan. Sebaliknya, Hadi yang sebenarnya gagal kerana pernah menjadi sebahagian dari kerajaan namun tidak ada usaha untuk meminda Perlembagaan. Ini sekaligus mencerminkan dirinya bersikap sambil lewa dalam menjalankan peranan sebagai seorang ahli legislatif.

Terdahulu, Hadi dalam kenyataannya tidak menamakan sesiapa namun menggelarkan kumpulan hakim berkenaan sebagai “bijaksini” atau bukan bijaksana. Kenyataan Hadi menyusul keputusan Mahkamah Persekutuan Jumaat lalu yang memihak petisyen difailkan peguam Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid untuk membatalkan 16 peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 dengan alasan bercanggah Perlembagaan Persekutuan. – SelangorToday

Exit mobile version