Site icon SelangorToday

PENJAWAT AWAM NEGERI SELANGOR TERIMA DURIAN RUNTUH ‘SEBULAN GAJI’ SEMPENA AIDILFITRI

Penjawat awam negeri ini akan menerima bantuan khas kewangan sebulan gaji sempena Hari Raya Aidilfitri ini.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata pemberian Insentif Khas Aidilfitri Kita Selangor dibayar ke akaun masing-masing selewat-lewatnya pada 21 April.

“Sebulan gaji atau minimum RM1,000 kepada semua penjawat awam negeri yang sedang berkhidmat di SUK (bangunan pentadbiran Kerajaan Negeri).

“Bantuan sama akan dilebarkan dan dibayar kepada penjawat awam kerajaan persekutuan yang berkhidmat bawah SUK dan guru kafa,” katanya.

Beliau berucap di majlis Rapat Rahmah Ramadan dan berbuka puasa bersama warga penjawat awam Selangor 2023 di Dewan Jubli Perak Bangunan Sultan Abdul Aziz di sini.

Exit mobile version