SelangorToday

PENJENAYAH PERANG DIRAIKAN, MOHAMAD SABU KECAM AMERIKA SYARIKAT

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu menegaskan Israel sepatutnya tidak boleh menyertai Sukan Olimpik Paris 2024 kerana seluruh dunia mengecam tindakan zalimnya ke atas Palestin.

Menurutnya, kemeriahan sukan dunia itu jadi terbantut dengan penyertaan atlet dari negara haram berkenaan yang berterusan dicemuh.

“Tata cara dunia sudah hancur, keputusan ini tak pernah dihormati oleh Amerika Syarikat, Britain Israel.

“Penjenayah perang boleh berucap di kongres Amerika, sedangkan Netanyahu (Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu) diisytihar sebagai penjenayah perang yang terlibat dalam genosid, apa semua ini,” katanya ketika berucap pada Himpunan Pembebasan Palestin di Arena Axiata Bukit Jalil pada Ahad.

Mohamad Sabu yang juga Presiden Amanah Negara berkata, timbang tara sukan juga sudah hancur.

“Negara Rusia, Belarus tidak dizinkan masuk Olimpik, tetapi Israel boleh masuk Olimpik.

“Apa jadi sekarang, bandar Paris menjadi sunyi, minyak wangi tidak laku di Paris kerana rakyat Perancis berdemo menentang penyertaan Israel dalam Olimpik,” tegasnya.

Turut hadir, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beserta Timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul; Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong serta ramai lagi. – Sinar Harian

Exit mobile version