SelangorToday

PENTAS PEMUDA MALAM SEBELUM DEMONSTRASI TANGKAP AZAM BAKI

Pemuda AMANAH Nasional memaklumkan bahawa satu pentas khas yang dinamakan Pentas Pemuda akan diadakan pada malam demontrasi Tangkap Azam Baki yang akan diadakan pada 22 Januari 2022 di Kuala Lumpur. Sidang media yang diadakan pada hari selasa 18 Januari lalu telah diketuai oleh Peguam Muda AMANAH, Sdr. Fadhil Umar, Naib Ketua Pemdua AMANAH Nasional, Sdr. Zubair Rahim dan Sdr. Abbas Adzmi, Pengarah Mobilasi Pemuda AMANAH Nasional.

Sidang media Peguam Muda AMANAH dan pimpinan Pemuda AMANAH Nasional selasa lalu

Dalam sidang media tersebut, AMANAH juga akan mengerahkan seramai mungkin ahlinya untuk menyertai demontrasi Tangkap Azam Baki yang dianggarkan 1,000 orang pesertai. Manakalah 20 orang peguam akan berada ditempat Demontrasi untuk memantau program tersebut. Tambah Fadhil, demontrasi itu diadakan bagi menggesa pihak yang berautoriti mengambil tindakan kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki yang didakwa melibakan integriti dan etika sebagai ketua agensi kerajaan.

Dalam masa yang sama, Fadhil memaklumkan yang Pentas Pemuda akan memberikan ruang kepada pimpinan pemuda dalam Pakatan Harapan untuk berucap. Pentas itu juga akan memperlihatkan jawatankuasa bertindak Tangkap Azam Baki menyampaikan kata-kata mereka di pentas tersebut.

Exit mobile version