SelangorToday

PENYANYI LAGU AYAM BUAT KEMUNCULAN DALAM KONSERT GEGAR VAGANZA MINGGU KE-8

Penyanyi lagu komedi popular era 90an, Jalil Hamid membuat kemunculan dalam Konsert Gegar Vaganza minggu ke-8. Setelah sekian lama tidak muncul di media massa akibat kekurangan aktiviti seni, penyanyi lagu ‘ayam’ membuat kejutan kepada penyanyi Liza Hanim yang ketika itu diberikan tugas untuk menyanyikan lagu tersebut. Pemilik nama sebenar Abdul Jalil bin Abdul Hamid yang berumur 66 tahun merupakan pelakon, penyanyi, pelawak dan pengarah yang sangat aktif sejak penghujung tahun 80an hingga kini.

Tahun 1995, Jalil Hamid diberikan peluang untuk mengeluarkan sebuah album yang mengandungi lagu-lagu bergenre komedi termasuk lagu ayam. Uniknya lagu beliau berbanding penyanyi komedi yang lain seperti Saleh Yaacob dan Shamsul Ghau-Ghau, lagu-lagu dari pemenang Anugerah Telenovela 2018 bagi Kategori Pelakon Lelaki Terbaik Filem melalui Filem Bisik Pada Langit itu berunsur atau bertemakan satu istilah seperti ‘raya’, ‘makan’ dan ‘mata’. Ketika isu penamatan subsidi ayam hangat diperdebatkan di Malaysia, lagu ‘ayam’ menjadi pilihan Pengarah Muzik Terkenal, Ramli MS untuk dinyanyikan oleh Liza Hanim.

Jalil Hamid muncul dihujung persembahan Liza Hanim dengan membawa seekor ayam hidup. kemunculan beliau terus memperkenalkan beliau adalah penyanyi asal lagu ayam kepada generasi muda hari ini. Beliau yang sebelum ini mengalami sedikit penurunan kesihatan, dilihat sihat dan bertenaga ketika hadir ahad lalu. Pelakon utama filem Queen Control itu pernah meluahkan kekecewaannya apabila beliau hanya diberi royalti dari RM100 hingga RM300 sahaja meskipun lagu-lagunya kekal popular hingga kini khususnya lagu ‘raya’. – SelangorToday

Exit mobile version