SelangorToday

PENYASARAN SUBSIDI DIESEL BERMULA MALAM INI

Harga diesel ditetapkan pada kadar RM3.35 seliter di stesen-stesen runcit petrol di seluruh Semenanjung, berkuat kuasa tengah malam ini.


Menteri Kewangan  II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan menjelaskan, penetapan harga itu dijangka dapat mengurangkan ketirisan serta menjimatkan perbelanjaan negara sebanyak RM4 bilion.


Pada masa sama, dapat mengukuhkan kewangan negara bagi tempoh jangka panjang.


Harga pasaran tanpa subsidi berdasarkan purata bulan Mei 2024, mengikut formula ‘Automatic Pricing Mekanisme’.


“Keputusan penyasaran subsidi (oleh kerajaan) bukan langkah mudah malah ia diberi perhatian khusus.


“Kita mahu hentikan ketirisan yang merugikan rakyat dan negara, tahun demi tahun kita tanggung kerugian besar dan boleh merencatkan ekonomi negara,” katanya  dalam sidang media di sini. – Berita RTM

Exit mobile version