SelangorToday

PENYELARAS PKM BUKA PEMOHONAN BANTUAN ‘BACK TO SCHOOL’ KEPADA PENDUDUK DUN SUNGAI RAMAL

Pejabat Penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat(PKM) DUN Sungai Ramal membuka tawaran kepada penduduk DUN Sungai Ramal untuk mendapatkan bantuan Tunai ‘Back To School’ sempena pembukaan sekolah bagi sesi 2023/2024. Melalui Media Sosial Penyelarasnya, Mazwan Johar, bantuan tersebut disediakan kepada 300 penerima sahaja dari kalangan isi rumah yang mengundi di DUN Sungai Ramal. Selain itu, penerima mestilah menetap di Selangor dan berpendapatan RM5000 seisi rumah. Penerima juga mestilah dikalangan murid Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan, Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan, Sekolah Agama Menengah atau Sekolah Agama Menengah Tinggi sahaja.

Pemohonan untuk bantuan tersebut telah pun dibuka sehingga 15 Mac 2024. Pemohon boleh memuat turun borang di pautan yang disediakan di media sosial Penyelaras PKM DUN Sungai Ramal. Selain borang pemohonan, beberapa keperluan berbentuk dokumen yang disahkan perlu disertakan bersama ketika pemohonan dibuat. Antaranya salinan kad pengenalan ibubapa termasuk penerima, salinan slip gaji terkini atau pengesahan pendapatan melalui majikan, Penghulu, Ketua Kampung, Pesuruhjaya Sumpah ataupun Pengerusi Persatuan Penduduk. Pengesahan pemastautin oleh pemimpin setempat juga perlu disertakan.

Borang pemohonan hendaklah dihantar ke Pejabat Penyelaras PKM DUN Sungai Ramal di Bandar Baru Bangi, Selangor. – SelangorToday

Exit mobile version