SelangorToday

PERAK GUNAKAN PERUNTUKKAN RM2.2 JUTA BAGI PENYELENGGARAAN LAMPU JALAN IPOH-LUMUT

SERI ISKANDAR, 28 Julai -- Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin pada sidang media selepas taklimat tapak cadangan pembinaan Terminal Kargo Udara Seri Iskandar di Bilik Gerakan Pejabat Tanah dan Galian Perak Tengah hari ini. Kerajaan negeri telah mengenal pasti kawasan seluas 1,618 hektar sebagai tapak pembinaan lapangan terbang baharu di Seri Iskandar berdekatan Felcra Nasaruddin bagi merancakkan lagi sektor pelancongan dan industri di seluruh negeri. --fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA

Kerajaan negeri menerima peruntukan berjumlah RM2.2 juta bagi kerja-kerja penyelenggaraan lampu jalan dan lampu isyarat di lapan lokasi sepanjang Jalan Ipoh-Lumut.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata proses penyelenggaraan itu telah bermula pada Jun lalu dan dijangka siap sepenuhnya sekitar November ini.

“Antara lapan lokasi yang sedang diselenggarakan membabitkan persimpangan Silibin, Falim, Menglembu, Lahat, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pusing, Akademi Bomba dan Penyelamat Tronoh, Klinik Kesihatan Tronoh serta Pekan Tronoh.

“Semua proses selenggara ini juga tertumpu terhadap pembaikan khusus kepada kabel bawah tanah serta pelbagai kerosakan lain yang dirasakan perlu bagi memastikan kemudahan berkenaan berfungsi dengan baik,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan sesi lawatan di Jalan Kledang di sini.

Beliau yang juga ADUN Sungai Rapat  berkata pelaksanaan pembaikan kemudahan itu juga secara dasarnya bertujuan mengurangkan kejadian kemalangan di sepanjang jalan terbabit.

Exit mobile version