SelangorToday

PERKENALKAN TALIAN SELAMAT ADALAH LANGKAH TEPAT

Musibah yang melanda negara khususnya Negeri Selangor telah memberi impak negatif yang sangat besar, ia bukan sahaja memberi kesan kepada nilai kebendaan masyarakat malah emosi dan mental masyarakat juga terjejas. Puan Rosmayana Abd Rahim yang merupakan Penyelia Pusat Wanita Berdaya (PWB) DUN Hulu Kelang ada memberikan pandangan beliau dalam isu ini.

Kata beliau, dalam keadaan rakyat sednag berjaga-jaga dengan SOP yang ditetapkan bagi mengelakkan penularan Covid-19 kembali melanda, kita berhadapan dengan bencana banjir yang sedikit sebanyak telah menyebabkan SOP yang berada dalam ikatan kemas, menjadi longgar. Impaknya, kes jangkitan akan menujukkan peningkatan. Hal ini benar-benar mencabar mental dan emosi masyarakat dalam mengejar pengurangan penularan Covid-19 kepada menyelamatkan diri daripada banjir.

Maka Puan Rosmayana yang juga Ahli Jawatankuasa Angkatan Wanita AMANAH (AWAN) Selangor menegaskan langkah kerajaan Negeri Selangor memperkenalkan Talian SELamat adalah langkh terbaik dalam menuju fasa pemulihan pasca banjir. Dengan adanya talian tersebut, maka sokongan daripada pihak profesional akan dijana dengan lebih teratur dan efisien. Pastinya ia mampu membantu mempercepatkan proses pemulihan pasca banjir.

Selain itu, Rosmayana juga mengharapkan bantuan yang diberikan sama ada kerajaan Negeri mahupun Persekutuan, diagihkan secara adil dan saksama. Maka yang lebih penting ia benar-benar sampai kepada yang memerlukan. Sambil mengiktiraf kepantasan kerajaan Negeri mengagihkan sumbangan kepada mangsa banjir, Rosmayana juga mengharapkan peranan NADMA sebagai agensi pengurusan bencana dibawah kerajaa Persekutuan diperkasa dan diperkemaskan untuk masa-masa akan datang.

Exit mobile version