SelangorToday

PERPADUAN ANTARA KAUM KUNCI KEJAYAAN NEGERI SELANGOR

Setiap masyarakat perlu meraikan perayaan antara satu sama lain meskipun berbeza kaum dan agama demi mengeratkan lagi hubungan sesama manusia. Exco Kebajikan Masyarakat Selangor, V Ganabatirau berkata tindakan itu diyakini mampu mengharmonikan hubungan antara manusia terutama di Malaysia.

“Saya amat memuji kesungguhan Ahli Dewan Negeri Morib (Hasnul Baharuddin) menganjurkan sambutan Tahun Baharu India atau Chittirai Puthandu hari ini (semalam) yang amat sinonim bagi kaum India. Namun, beliau mengambil inisiatif untuk anjurkan juga meskipun berbeza agama. Tindakan ini harus dipuji dan dicontohi oleh semua pemimpin dan masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Sambutan Tahun Baharu India atau Chittirai Puthandu di Dataran Pantai Morib, di sini semalam. Mengulas mengenai sambutan itu, Ganabatirau berkata Tahun Baharu India merupakan bulan suci bagi kaum India yang disambut setiap tahun pada pertengahan April.

Exit mobile version