Exco Infrasruktur dan Pertanian Selangor, Ir. Izham Hashim telah pun melihat sendiri keadaan yang berlaku di Persiaran Mokhtar sehingga keluhan rakyat itu menjadi viral dan diperkatakan oleh ramai pihak. Oleh itu, Ir. Izham yang bertanggungjawab melihat, merangka dan mengambil langkah yang sebaiknya untuk menyelesaikan masalah ini telah meninjau keadaan disana. Kesesakan yang berlaku pada waktu puncak itu melibatkan 100,000 pengguna jalan raya. Kata Ir. Izham yang juga Pengerusi AMANAH Selangor itu, beliau sendiri akan membawa isu tersebut ke dalam mesyuarat Majlis Tindakan Eknomi Selangor (MTES) seawal minggu hadapan bagi mendapatkan kelulusan kerajaan untuk menangani masalah ini.
Ir.Izham juga mengumumkan langkah awal yang bakal diambil oleh kerajaan negeri bagi mengurangkan masalah kesesakan tersebut. Antaranya, pelaksanaan laluan kontra yang akan bermula 31 Oktober 2022. Membuat pelebaran jalan sedia ada meliputi dua fasa. Fasa pertama melibatkan tamabhan satu lorong di laluan menghala ke Puncak Alam sekauj 800 meter yang mana kerja-kerja akan bermula seawal bulan Februari tahun hadapan. Manakal fasa kedua pula, penambahan dua lagi lorong seterusnya.
Tambah ADN Pandan Indah itu, pihak JKR kaan membuat laporan teknikal secara terperinci mengenai projek penambahan lorong tersebut. Ir. Izham berharap agar pengguna bersabar dan memberi ruang kepada pihak bertanggungjawab untuk membina lorong baharu segera yang mungkin. Turut serta adalah Najwan Halimi, ADN Kota Anggerik, Pengarah JKR Selangor dan wakil-wakil jabatan, agensi dan MBSA. – Selangor Today