SelangorToday

PESAWAH SELANGOR DISARAN DAFTAR SKIM TAKAFUL PADI, LINDUNG BENCANA – IR.IZHAM

Kerajaan Negeri menyarankan pesawah di Selangor mendaftar Skim Takaful Tanaman Padi (STTP) di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) melalui Agrobank.

EXCO pertanian Ir Izham Hashim berkata skim itu bertujuan melindungi pesawah sekiranya tanaman padi mereka ditimpa bencana atau serangan makhluk perosak.

“STTP menawarkan perlindungan takaful sehingga RM3,000 akibat bencana alam seperti banjir, sehingga RM1,500 diserang makhluk perosak dan penyakit tanaman.

“Agrobank dalam proses hebahan maklumat kepada pesawah dan agensi berkaitan manakala Pertubuhan Peladang Kawasan juga sedang mengumpul data pendaftaran pesawah. Setakat ini hanya 330 daripada lebih 9,000 pesawah di Selangor berdaftar,” katanya.

Beliau menjawab pertanyaan wakil rakyat Sallehen Mukhyi berhubung fenomena cuaca dan ban pecah serta kesan atas pesawah padi dalam Sidang Dewan Negeri Selangor di sini.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) melalui Agrobank melancarkan Skim Perlindungan Takaful Agromakanan: Skim Takaful Tanaman Padi (STTP) pertama di Malaysia yang akan dimanfaatkan pesawah seluruh negara.-SelangorKini

Exit mobile version