Site icon SelangorToday

Pesta Songkran: Pemuda PAS jangan selektif – Danial

danial GP

SHAH ALAM — Ketua Pemuda AMANAH Selangor, YB Danial Al-Rashid Haron, menegur sikap tidak konsisten Pemuda PAS berhubung isu pembaziran dan penganjuran acara, dengan merujuk bantahan mereka terhadap pesta Songkran di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menurut beliau, bantahan tersebut menimbulkan persoalan apabila acara sama pernah dianjurkan di Kedah di bawah pentadbiran PAS.

Sehubungan itu, beliau menggesa Ketua Pemuda PAS Selangor merangkap Exco Kebudayaan PAS Pusat, , supaya mengambil pendekatan lebih konsisten dan tidak selektif dalam mengeluarkan kenyataan.

“Pendekatan yang adil dan menyeluruh amat penting supaya mesej yang disampaikan benar-benar mencerminkan keikhlasan dalam memperjuangkan kepentingan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan media.

Dalam masa sama, Danial menegaskan bahawa dalam situasi ekonomi semasa yang tidak menentu—terutamanya melibatkan krisis tenaga dan bahan api—semua pihak perlu lebih berhemah dalam soal perbelanjaan.

Beliau berpandangan bahawa sebarang program atau projek yang tidak mendesak serta berpotensi membazir wajar dipertimbang untuk ditangguh atau dibatalkan, dengan keutamaan diberikan kepada inisiatif yang memberi manfaat langsung kepada rakyat.

Katanya, langkah penjimatan dan kecekapan perlu dilaksanakan secara menyeluruh bagi memastikan kedudukan kewangan negeri dan negara kekal kukuh.

“Matlamat kita sama—mahukan yang terbaik untuk negara dan rakyat Malaysia,” ujarnya.

Exit mobile version