SelangorToday

PH BUAT LAPORAN POLIS POSTING FITNAH KETUA DEWAN ULAMAK PAS NEGERI

Pakatan Harapan Negeri Selangor petang ini telah membuat satu laporan polis terhadap facebook rasmi Ahli Dewan Negeri(ADN) Sungai Burong, Dr. Zamri Mohd Zainuldin yang memuat naik posting yang berunsur fitnah kepada Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim. 

Ketua Penerangan PH Selangor, Abbas Azmi mengetuai sidang media yang diadakan di hadapan IPD Shah Alam itu turut di sertai oleh Naib Pengerusi PH Selangor, Hj Azli Yusof. 

Kata Abbas, Malaysia mempunyai lunas undang-undang dan adab yang dipegang bersama dalam menjalankan sebarang kegiatan termasuk politik, justeru PAS yang dikatakan sebagai parti berteraskan Islam seharusnya lebih kedepan menonjolkan aspek budi bahasa yang baik meskipun ketika memberi maklum balas atas isu politik.

Maka tindakan Ketua Dewan Ulamak PAS Selangor itu yang berbaur fitnah khususnya untuk menyerang DAP amat mencemarkan imej Islam. 

Politik yang diamalkan oleh PAS itu tidak wajar wujud dalam sebuah negara yang sedang pesat membangun seperti Malaysia. Oleh demikian laporan polis dibuat bagi pihak berkuasa termasuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia(SKMM) bertindak segera kepada mana-mana pihak yang jelas melakukan fitnah. 

Jelas ADN Seri Serdang itu, facebook rasmi ADN Sungai Burong itu wajar ditutup kerana banyak elemen-elemen tidak benar dan unsur memecahbelahkan rakyat Malaysia wujud dalam laman tersebut. -SelangorToday

Exit mobile version