SelangorToday

PH GEMPUR PARLIMEN BANGI, SAMBUTAN DI LUAR JANGKA MESKI HUJAN

Khamis lalu, AMANAH sebagai penganjur utama telah mengadakan Jelajah Tolak BN dan PN yang diadakan di Bangi. Jelajah yang pertama kali diadakan ini dianjurkan bagi memberikan pencerahan kepada seluruh masyarakat tentang gagalnya kerajaan yang memerintah sekarang iaitu Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional(PN). Mengikut maklumat penganjur, jelajah tersebut akan diteruskan ke seluruh negara, manakala jelajah kedua akan menemui khalayak ramai di Selayang. Dalam jelajah tersebut, PH yang terdiri daripada KEADILAN, AMANAH, DAP dan UPKO membariskan pemidato yang hebat dan segar berceramah di jelajah tersebut.

Orang ramai memenuhi ruang untuk mendengar ceramah

Antara pemidato yang berceramah adalah Pengarah Mobilasi AMANAH Nasional, Sany Hamzan, Naib Ketua Pemuda AMANAH Nasional, Abbas Adzmi, Ketua WARDA Nasional, Nurthaqaffah Nordin, Naib Pengerusi AMANAH Selangor, Ustazah Mariam dan Mazwan Johar ADN Sungai Ramal selaku tuan rumah. Kemuncaknya penonton mendengar penjelasan daripada Syahredzan Johan mewakili DAP, Fahmi Fadzil mewakili KEADILAN dan Salahuddin Ayub selaku Timbalan Presiden AMANAH serta Hj Mohamad Sabu Presiden AMANAH. Meski pun hujan lebat turun ketika jelajah sedang berlangsung, namun orang ramai tetap teguh mendengar ucapan para penceramah berkaiatan kegagalan BN dan PN memerintah.

Dalam ucapan Hj Mohamad Sabu, Mohamad menyatakan bahawa beliau adalah orang yang memohon kepada jemaah menteri ketika itu memulakan audit menyeluruh keatas semua kementerian untuk melihat kepada ketirisan yang sedang berlaku dalam kerajaan sebelumnya. Ia didahului dengan menyiasat sebarang penyelewengan di bawah Kementerian Pertahanan. Bagi Fahmi Fadzil pula, beliau berkata BN dan PN sanggup menggadaikan keselamatan negara demi kepentingan diri masing-masing. Maka ia tidak layak untuk menjadi pemerintah lagi. Salahudin Ayub pula mahu rakyat memberikan peluang sekali lagi kepada Pakatan Harapan dalam PRU akan datang agar proses membetulkan semula keadaan negara dapat dijalankan. Memberikan peluang kepada BN dan PN akan membawa negara ke kancah masalah yang lebih besar. –Selangor Today

Exit mobile version