SelangorToday

PH SELANGOR AGIH BANTUAN AWAL RM 500,000 KEPADA PETANI TERJEJAS BANJIR

Seramai 250 petani yang menjadi mangsa banjir pada Disember tahun lalu menerima bantuan awal RM500,000 daripada Kerajaan Negeri. Exco Pemodenan Pertanian Ir Izham Hashim berkata bantuan lain akan terus disalurkan termasuk sumbangan kerajaan persekutuan bagi memastikan hasil tani tidak terputus.

“Walaupun terkesan teruk (banjir), namun mereka bangkit meneruskan aktiviti pertanian. Jadi, sumbangan berupa baja ini sebagai langkah menaikkan semangat mereka. Kata Ahli Dewan Negeri Pandan Indah itu lagi, “Bukan hanya kebun musnah tetapi peralatan dan kemudahan bertani seperti pam fertigasi rosak serta terpaksa menanggung kerugian lebih RM10 juta,”

Dalam majlis itu, Pengerusi AMANAH Selangor itu turut melancarkan video animasi berkenaan Skim Amalan Pertanian Baik Malaysia (myGAP) bagi mempromosikan hasil tanaman berkualiti kepada orang ramai. Sementara itu, Ir Izham berkata Bantuan Selangor Bangkit (BSB) berjumlah RM1,000 turut diagihkan kepada petani yang kediamannya dinaiki air.

Hujan lebat luar biasa antara 17 hingga 19 Disember lalu, lebih dua kali ganda taburan tertinggi sebelum ini iaitu kira-kira 180mm mengakibat banyak lokasi di negeri ini ditenggelami air. Susulan itu, Kerajaan Negeri menyediakan dana RM100 juta menjayakan BSB bagi membaik pulih prasarana selain sumbangan wang tunai kepasa isi rumah dan waris korban banjir.

Exit mobile version