SelangorToday

PH SELANGOR BERJAYA SELESAIKAN LEBIH SEPARUH PROJEK RUMAH TERBENGKALAI SEJAK 2007

Sebanyak 98 daripada 181 projek perumahan terbengkalai di Selangor berjaya diselamatkan, kata EXCO perumahan.

Rodziah Ismail berkata jumlah itu direkodkan sejak 2007 sehingga kini berpunca daripada beberapa faktor termasuklah projek tidak menepati piawai dan masalah sistem saliran,

“Isu (terbengkalai) ada banyak kategori antaranya berpunca daripada kontraktor lari, kadang ada yang sudah siap tetapi tidak mendapat kelulusan CCC (Sijil Penyiapan dan Pematuhan).

“Alhamdulillah, dengan adanya penubuhan Jawatankuasa Kecil Pemulihan Projek Terbengkalai di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT) pemulihan dan penyelesaian bagi isu ini dapat dipantau secara berterusan,” katanya.

Bercakap dalam sidang media selepas merasmikan majlis penyerahan projek Skim Ceria di Pangsapuri Bukit Tinggi 1 di sini hari ini, Rodziah berkata satu dasar perlu dirangka bagi memastikan isu berkenaan diselesaikan tanpa menjejaskan pembeli.

“Saya pernah mengusulkan di Parlimen sekiranya ada projek terbengkalai perlunya ada intervensi dengan Bank Negara atau mana-mana bank berkaitan untuk pembeli tidak meneruskan pembayaran yang sepatutnya dibayar setiap bulan,” katanya.

Exit mobile version