SelangorToday

PH SELANGOR CAKNA ANAK ISTIMEWA, DANA RM5 JUTA UNTUK KEBAJIKAN, PENDIDIKAN

Kerajaan Negeri sentiasa mengutamakan pendidikan kanak-kanak istimewa termasuk meningkatkan keupayaan golongan tersebut menerusi pelbagai program.

EXCO Kesihatan Awam Dr Siti Mariah Mahmud berkata komitmen Selangor dibuktikan menerusi peruntukan yang ditambah kepada RM5 juta berbanding hanya RM3 juta sebelum ini.

EXCO Kesihatan Awam Dr Siti Mariah Mahmud menyampaikan saguhati cek cura kepada pencipta lagu OKU Selangor ketika Majlis sambutan Hari Kesedaran Autisme pringkat Selangor dan Pelancaran Buku Setengah Dekad : 5 Tahun Anis

“Sejak 2018, Kerajaan Negeri memulakan program-program berbentuk pengupayaan dalam membantu keluarga dan guru-guru untuk meningkatkan keupayaan anak-anak ini termasuk bantuan khas didik Anak Istimewa Selangor (ANiS).

“Kita sedar untuk pendidikan anak-anak istimewa ini kosnya tinggi, jadi kita wujudkan pusat sokongan yang dilengkapi pakar kanak-kanak, pembelajaran dan pertuturan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan sambutan Hari Kesedaran Autisme peringkat negeri Selangor di KPJ  Klang Specialist Hospital hari ini. Turut hadir, Pengurus Besar Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) Gan Pei Nei.

Tambah Siti Mariah, setakat ini seramai 100 kanak-kanak menerima pendidikan khas di Pusat Prasekolah ANiS Seksyen 7 dan Pusat Sokongan Pendidikan Awal ANiS dengan peruntukan kos RM1juta.

“80 peratus daripadanya merupakan kanak-kanak autisme dan mereka akan datang seminggu sekali dan akan diberi tunjuk ajar termasuk kekemasan diri serta latihan ke tandas,” katanya.

Exit mobile version