SelangorToday

PH SELANGOR TERUS BELA BEKAS ATLET NEGERI

Lebih RM600,000 diperuntuk Kerajaan Selangor sejak tiga tahun lalu untuk membela nasib bekas atlet yang pernah mengharumkan nama negeri. Exco Sukan Selangor,  Mohd Khairuddin Othman berkata bantuan meliputi agihan tunai dan kebajikan termasuk pembaikan rumah dan kemudahan bekalan elektrik.

“Contohnya pelaksanaan program Ceria Atlet seperti bantuan baik pulih kediaman dan perabot yang telah memanfaatkan 150 orang,” kata ADN Paya Jaras itu di Majlis Penyerahan Sumbangan Aidilfitri Hargai Jasa Atlet di Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan di Bukit Kiara di sini.

Sementara itu, Mohd Khairuddin berharap kerajaan persekutuan mewujudkan ekosistem atau platform khusus untuk membantu memelihara kebajikan bekas atlet.

“Peringkat Kerajaan Negeri, kita hanya mampu sediakan platform perniagaan dan kursus manakala polisi serta peraturan semuanya di bawah persekutuan,” katanya lagi.

Tahun lalu, seramai 50 bekas atlet dan para Selangor menerima bantuan negeri berjumlah RM195,450 menerusi program Ceria Atlet Para Selangor 2021.

Exit mobile version