SelangorToday

PRN JOHOR | PH SELESAI UMUM 56 CALON PRN JOHOR 2022

Ketiga-tiga parti komponen Pakatan Harapan selesai membuat pengumuman calon mereka bagi 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor bagi Pilihan Raya Negeri kali ini. PH yang dianggotai oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Amanah Negara (AMANAH) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) itu mengagihkan 56 kerusi tersebut kepada 3 bahagian. Masing-masing mendapat 20 kerusi untuk PKR dan AMANAH, manakala DAP 16 kerusi. Rundingan antara MUDA dengan parti-parti komponen PH berjalan dan membentuk satu ketetapan di mana MUDA diberikan 4 kerusi AMANAH dan 2 kerusi DAP untuk ditandingi.

Pelancaran Jentera PH,PKR dan MUDA di Johor

Akhirnya pada khamis, DAP menjadi parti yang terakhir selesai membuat pengumuman calonnya melibakan DUN Perling dan Skudai. DAP mencalonkan Liew Chin Tong, Pengerusi DAP Johor bagi kerusi Perling dan Marina Ibrahim bagi kerusi Skudai. Antara tumpuan dalam senarai calon PH pastinya adalah kepada 2 menteri kabinet PH yang akan turun beradu kekuatan mereka. Dr. Maszlee akan turun di DUN Layang-Layang, manakala Salahuddin Ayub mempertahankan DUN yang beliau menangi pada PRU 2018 iaitu DUN Simpang Jeram.

Selain itu, DAP juga kembali menamakan bekas Exco Johor, Sheikh Omar sebagai calon PH DUN Paloh. Menariknya DAP mencalonkan ahli politik melayu dan berkelulusan agama sebagai calon meski dituduh DAP dituduh anti-melayu dan Islam. Rakyat negeri Johor menantikan tawaran baru yang diberikan ole PH dan rakan-rakannya jika mereka berjaya memenangi PRN kali ini. Untuk makluman, 10 tawaran PH semasa PRU 2018 itu telah selesai dilaksanakan meskipun PH hanya berjaya memerintah selasa 22 bulan sahaja.

Exit mobile version