SelangorToday

PH SEPAKAT GUNA 1 LOGO, ADLY DILANTIK BENDAHARI AGUNG

Majlis Presiden Pakatan Harapan yang bermesyuarat bulanan semalam mengumumkan bahawa Pakatan Harapan akan menggunakan satu logo yang sama bagi memasuki Pilihan Raya Umum yang akan diadakan tidak lama lagi. Melalui satu kenyataan pada khamis, PH bersepakat untuk menggunakan logo rasmi Pakatan Harapan bagi mewakili parti-parti komponen PH dalam PRU ke-15. Parti yang terlibat buat masa ini adalah KEADILAN, AMANAH, DAP dan UPKO.

Dalam kenyataan tersebut juga, PH mungkin akan mempertimbangkan untuk membuat penjenamaan semula logo rasmi PH akan kelihatan segar dan progresif. Ia akan menjadikan PH kelaihatan pakatan yang paling layak untuk mentadbir negara setelah Perikatan Nasional gagal memimpin negara kearah kemajuan negara, manakala Barisan Nasional pula terbukti sebagai parti yang mengamalkan rasuah sehingga memudaratkan negara. Selain itu, PH membulatkan tekad mereka untuk memberikan tumpuan kepada proses pengukuhan PH di semua peringkat semula mara ke tahap kerjasama yang seterusnya.

Kenyataan yang dikeluar itu bagi mewakili Anwar Ibrahim selaku Pengerusi PH dan Presiden KEADILAN, Mohamad Sabu selaku Presiden AMANAH, Loke Siew Fok (Setiausaha Agung DAP) dan Wlifred Madius Tangau (Presiden UPKO).  Pengumuman berlainan juga memaklumkan bahawa bekas Ketua Menteri Melaka yang juga Naib Presiden AMANAH dilantik secara rasmi sebagai Bendahari Agung PH menggantikan Husam Musa. Pengumuman itu didedahkan sendiri oleh Ketua Wanita PH, Aiman Athirah dalam laman sosial beliau. – Selangor Today

Exit mobile version