SelangorToday

PH TUBUH JAWATANKUASA MANIFESTO,PILIHAN RAYA DAN JELAJAH HARAPAN MENUJU PRU KE-15

Majlis Presiden Pakatan Harapan dalam satu kenyataan media pada Selasa bersetuju untuk membentuk Jawatankuasa Manifesto, Jawatankuasa Pilihan Raya dan Jawatankuasa Jelajah HARAPAN khas menuju Pilihan Raya Umum yang bakal diadakan pada bila-bila masa. Mesyuarat Majlis Presiden PH yang diadakan di Wisma AMANAH di ibu negara itu dihadiri oleh Pengerusinya Dato Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Pengerusi Mohamad Sabu, Anthony Loke dan Madiaus Tangau serta pimpinan daripada parti komponen PH yang lain.

Berkaitan ulang tahun kejayaan rakyat menumbangkan BN pada 9 Mei 2018, Majlis Presiden PH mengucapkan ribuat terima kasih kepada ahli parlimen, ahli Dewan Undangan Negeri dan pimpinan parti yang setia bersama Pakatan Harapan sehingga hari ini. Menyedari bahawa strategi yang terbaik disamping menyelami denyut nadi rakyat dan berusaha meyakini para pengundi merupakan kunci kejayaan rakyat bersama PH.

Majlis Presiden PH sekali lagi mengulangi pendirian mereka untuk mempercepatkan pelaksanaan Akta Anti-Lompat Parti seperti yang termaktub dalam MOU bersama kerajaan Perdana Menteri ke 9. Selain itu, PH juga mendokong penuh aspirasi menghormati Perjanjian Malaysia 1963 yang mana pembentukan perjanjian tersebut merupakan hasil keikhlasan pimpinan terdahulu yang mahu melihat Malaysia makmur dan maju. Akhirnya PH bertegas bahawa akan merangkul segala kekuatan dan sokongan untuk kembali menawan Putrajaya dalam PRU akan datang.

Exit mobile version