SelangorToday

PH UCAP TAHNIAH GURU INTERIM DISERAP TETAP, KPM JANGAN ULANGI KESILAPAN

Jawatankuasa Pendidikan Pakatan Harapan (JKPPH) mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada guru-guru interim yang dilantik pada tahun 2019 diserap sebagai guru tetap mulai April 2022 ini. JKPPH berkata, meski sebelum ini guru-guru interim ini mengalami situasi yang getir apabila tempoh kontrak mereka hampir tamat namun masih tidak dipanggil untuk ditemuduga oleh Suruhanjaya Perkhimatan Pendidikan (SPP), namun setelah didesak oleh JKPPH untuk mendahulukan mereka dalam proses pengambilan sebelum mereka tamat kontrak telah membuahkan hasil.

JKPPH sebelum ini telah mengeluarkan sebuah kenyataan media yang mendesak agar Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyegerakan proses panggil temuduga buat guru-guru interim ini bagi memastikan mereka tidak hilang pekerjaan sedangkan perjawatan guru masih banyak kekosongan. Oleh itu, JKPPH mahu guru interim diberikan laluan khas untuk diserap sebagai guru tetap memandangkan mereka adalah yang telah berpengalaman dan terlatih.

JKPPH dianggotai oleh Dr. Maszlee Malik selaku Pengerusi (ahli Parlimen Simpang Renggam), Datuk Dr. Hasan Bahrom (Tampin), Teo Nie Ching (Kulai), Nik Nazmi (Setiawangsa), Steven Sim (Bukit Mertajam), Natrah Ismail (Sekijang), Rusnah Aluai (Tangga Batu) dan V.Sivakumar (Batu Gajah) itu menyeru agar KPM tidak mengulangi kesilapan yang sama pada masa akan datang dengan melaksanakan dasar yang menganiaya guru-guru sama ada tetap mahupun kontrak.

Exit mobile version