SelangorToday

PIMPINAN PAS MOHON MAAF BANGKIT ISU KEPUTUSAN SPM, TAPI….

Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari memohon maaf apabila membangkitkan isu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) calon HARAPAN bagi Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Kubu Bharu Pang Sock Tao. Fadhli yang ketika itu sedang cuba memberi maklum balas kepada dakwaan pihak netizen adakah kelulusan calon Perikatan Nasional(PN) yang diletakkan dalam poster calon merupakan kelulusan yang benar. Namun beliau mencabar HARAPAN untuk mengemukakan keputusan SPM calon HARAPAN pula.

Selepas dicabar, Pao telah memaparkan keputusan SPM beliau dimana beliau merupakan pelajar cemerlang yang mendapat A dalam semua mata pelajaran. Beliau menamatkan sesi persekolahan menengahnya di Sekolah Menengah (SM) Chung Hua Port Dickson, Negeri Sembilan. Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu turut memaparkan keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang didudukinya di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) On Pong Ampang, Hulu Langat di Selangor, pada 2005.

Disebalik permohonan maaf itu, Fadhli yang turut dicabar untuk mengemukakan kelulusan SPMnya oleh pihak tertentu akan mengemukakannya apabila beliau bertanding kelak dengan andaian pihak lawannya juga akan memaparkan keputusan SPM. – SelangorToday

Exit mobile version