SelangorToday

PM ANWAR BIDAS USTAZ FITNAH ‘ANAK ANGKAT AMERIKA’

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim hari ini membidas seorang ustaz yang mendakwa beliau merupakan anak angkat Amerika Syarikat dan Tabung Kewangan Antarabangsa (International Monetary Fund –IMF) ketika berkempen di Sungai Bakap. Di Dewan Rakyat ketika Sesi Soal Jawab Perdana Menteri (PMQ) hari ini, beliau menjawab soalan tentang inisiatif penyasaran subsidi  dan kaitanya dengan IMF.

Kata beliau, sejak dilantik sebagai Menteri Kewangan pada tahun 1990, inisiatif belanjawan seimbang dilancarkan. Manakala pada tahun 1993, hutang negara bersama pihak IMF dihentikan serta-merta. Sebaliknya pada tahun 1999, setahun setelah beliau dipecat, Malaysia pula membuat pinjaman kepada IMF melalui Menteri Kewangan ketika itu.

Maka Anwar yang juga Pengerusi HARAPAN berkata, dakwaan sebagai anak angkat Amerika Syarikat mahupun IMF adalah fitnah, sedangkan orang lain yang selalu menjaja fitnah kepadanya yang mengheret negara kepada IMF. Berbeza pendapat adalah dibenarkan namun menfitnah sama sekali usaha yang dangkal. Sementara itu penafsiran subsidi diesel dihapuskan adalah satu tohmahan sedangkan subsidi diesel kekal diagihkan kepada rakyat yang benar-benar memerlukan. Subsidi secara pukal turut dinikmati oleh 3.8 juta warga asing, sedangkan warga asing tidak membayar cukai kepada negara.

Semasa kempen di Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Bakap, seorang pimpinan Perikatan Nasional Negeri Selangor bergelar ustaz mendakwa Ahli Parlimen Tambun itu sebagai anak angkat Amerika Syarikat dan IMF yang membawa pelbagai dasar yang menguntungkan barat. Dalam tempoh 5 minit sahaja terdapat lebih 5 dakwaan yang disampaikan oleh beliau kepada Anwar dikhalayak umum.- SelangorToday

Exit mobile version