SelangorToday

PM ANWAR JADIKAN BAHASA MELAYU KEUTAMAAN TANPA TOLAK ANSUR

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim menegaskan bahawa dibawah pemerintahan beliau, bahasa melayu akan tetap menjadi bahasa utama di Malaysia tanpa sebarang tolak ansur. Malah ia mesti dikuasai oleh semua individu yang bergelar rakyat Malaysia. namun dalam masa yang sama, Presiden KEADILAN itu mahu mutu penguasaan bahasa inggeris dalam masyarakat perlu dipertingkatkan. Beliau berkata, jika bahasa melayu telah pun dikuasai secara baik, maka penumpuan kepada penguasaan bahasa inggeris boleh mula dilakukan tahun depan.

Pengerusi HARAPAN itu berkata ketika menyampaikan Ucapan Dasar semasa Kongres Nasional Tahunan KEADILAN 2023 di Putrajaya pada Sabtu menolak anggapan bahawa apabila tumpuan diberikan untuk mempertingkatkan penguasaan bahasa inggeris, kerajaan sedang merendah dan meremehkan bahasa kebangsaan. Sebaliknya Anwar menegaskan, bahasa melayu tetap menjadi keutamaan, dalam masa yang sama arus kemajuan harus bergerak seiring khususnya bahasa inggeris untuk berdepan dengan situasi global.

Bulan lalu, Anwar mengarahkan semua pihak termasuk agensi swasta menggunakan bahasa melayu sepenuhnya dalam setiap urusan surat menyurat rasmi sebagai usaha memperkasa penggunaan bahasa kebangsaan. Dalam pada itu, Anwar menjelaskan sistem meritokrasi adalah penting namun pelaksanaannya tidak perlu keterlaluan dan tidak boleh dipengaruhi sentimen. – SelangorToday

Exit mobile version