SelangorToday

PM ANWAR JAMIN PELIHARA HAK ISTIMEWA KAUM MELAYU

56 57 32 54 53 32 54 54 32 51 50 32 56 48 32 49 48 49 32 49 49 52 32 49 48 48 32 57 55 32 49 49 48 32 57 55 32 51 50 32 55 55 32 49 48 49 32 49 49 48 32 49 49 54 32 49 48 49 32 49 49 52 32 49 48 53 32 52 52 32 51 50 32 54 56 32 57 55 32 49 49 54 32 49 49 49 32 50 50 54 32 49 50 56 32 49 53 51 32 51 50 32 56 51 32 49 48 49 32 49 49 52 32 49 48 53 32 51 50 32 54 53 32 49 49 48 32 49 49 57 32 57 55 32 49 49 52 32 51 50 32 55 51 32 57 56 32 49 49 52 32 57 55 32 49 48 52 32 49 48 53 32 49 48 57 32 51 50 32 49 48

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan kedudukan istimewa kaum Melayu akan terus dipelihara bawah kerajaan perpaduan pimpinannya.

Menepis dakwaan pentadbirannya menjejaskan kedudukan orang Melayu, beliau berkata kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) dan Barisan Nasional bersetuju memastikan kedaulatan Raja-Raja Melayu terbela.

“Ada pihak berkata di bawah kepimpinan saya akan menjejaskan kedudukan orang Melayu tapi saya tegaskan ia tidak akan berlaku.

“Pakatan Harapan dan Barisan Nasional telah bersetuju untuk memastikan kedaulatan Raja-Raja Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu dan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan,” ucapnya.

Anwar berucap demikian pada program kenduri rakyat DUN Morib di Dewan Putra, Kampong Sawah, Kuala Langat, malam tadi.

Sebelum ini, ada pihak tertentu cuba memainkan isu kedaulatan Raja-Raja Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu dan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan untuk memberi gambaran kurang baik bawah kepimpinan beliau.

Exit mobile version