
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim annouounce first cabinet reshuffle on Tuesday in Putrajaya. (12/12/2023). AZHAR MAHFOF/The Star
PUTRAJAYA, 28 Mei 2025 – Pejabat Perdana Menteri hari ini mengesahkan bahawa Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah meluluskan permohonan cuti dua anggota Kabinet, iaitu Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, dan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan, kedua-dua menteri telah mengemukakan surat permohonan cuti dan pengunduran daripada jawatan masing-masing kepada Perdana Menteri. Setelah meneliti permohonan berkenaan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim bersetuju untuk meluluskan cuti tersebut.
“Sebarang keputusan lanjut terkait perkara ini akan dimaklumkan kemudian oleh YAB Perdana Menteri,” jelas kenyataan ringkas dari Pejabat Perdana Menteri.

Langkah ini mencetuskan pelbagai spekulasi mengenai kemungkinan rombakan Kabinet atau perubahan dalam struktur pentadbiran Kerajaan Perpaduan, namun tiada butiran lanjut diberikan setakat ini.
Pejabat Perdana Menteri turut menegaskan bahawa maklumat tambahan hanya akan diumumkan oleh Perdana Menteri pada masa yang sesuai.